LOGO


WARNA LATARBELAKANG

KUNING
Melambangkan DiRaja. Dimana semua ahli persatuan telahpun berikrar semasa masih dalam perkhidmatan akan tetap taat, setia dan jujur kepada DYMM Seri Paduka bagind Yang DiPertuan Agung. Tetap sedia berkhidmat dan sanggup berkorban demi Negara dan Baginda.

HIJAU
Mengambil kira warna Askar Wataniah dimana penubuhan asal pasukan Batalion ke Sembilan Rejimen Renjer DiRaja.

HITAM
Warna utama Kor Renjer DiRaja

MERAH
Lambang keberanian telah sedia dipupuk dalam diri setiap ahli persatuan


LAMBANG SEDIA ADA

KERIS BERSILANG DAN DUKU ILLANG
Keris adalah senjata orang Melayu dan Duku Illang merupakan senjata masyarakat Dayak Darat. Dua kaum ini adalah majoriti di dalam Kor Renjer. Bersilang adalah diibaratkan percantuman dua masyarakat yang seterusnya melambgkan kegagahan, keberanian, kuasa, pantang undur dan rela berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

TULISAN PKBT 9 RRD WILAYAH UTARA
Menunjukkan lancanaa ini adalah hak milik Persatuan Kebajikan Bekas Tentera 9 Rejimen Renjer DiRaja Wilayah Utara yang masih mendukung Batlion Ke Sembilan Rejimen Renjer DiRaja

BERSEDIA BERBAKTI
Cogan kata yang bermaksud akujanji ahli persatuan kepada raja dan negaa yang kami tetap bersedia untuk dipanggil berbakti pada setiap saat dan ketikam jika diperlukan

LAMBANG TANGAN
Meambangkan sokongan tanpa berbelah bahagi dan taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan Kor DiRaja disampng memberi khidmat bakti kepada semua ahli persatuan.