SEJARAH

Batalion ke 9 Rejimen Renjer DiRaja pada asalnya dikenali sebagai Batalion Infanteri ke 14 Askar Wataniah yang ditubuhkan pada 1hb April 1971 di Kem Raffaeei, Tawau, Sabah sebelum berpindah ke Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah pada Jun 1974.

Pasukan kemudian berpindah ke Kem Batu Uban, Pulau Pinang pada November 1975 dan sejajar dengan rancangan pelarasan Tentera Darat, maka pasukan ini telah ditukarkan nama ke Batalion ke 9 Rejimen Renjer Malaysia pada 1hb Mac 1979 sempena sambutan Hari Tentera Darat.

Pada Jun 1983, pasukan dipindahkan ke Kem Oran, Perlis dan pada November 1989, pasukan sekali lagi berpindah semula ke Sabah ke Kem Kukusan Tawau sebelum dipindahkan ke Kem Town Barrack, Taiping Perak pada tahun Disember 1993 dan kekal hingga sekarang.


KRONOLOGI PASUKAN

April 1971
Batalion Infanteri ke 14 Askar Wataniah ditubuhkan di Kem Raffaeei, Tawau, Sabah

Jun 1974
Berpindah ke Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah.

November 1975
Berpindah ke Kem Batu Uban, Pulau Pinang.

Mac 1979
Ditukar nama ke Batalion ke 9 Rejimen Renjer Malaysia

Jun 1983
Berpindah ke Kem Oran, Perlis

November 1989
Berpindah ke Sabah ke Kem Kukusan Tawau

Disember 1993
Berpindah ke Kem Town Barrack, Taiping Perak hingga sekarang.


SEJARAH PERTUBUHAN

Idea penubuhan Pertubuhan Kebajikan Bekas Tentera 9 Rejimen Renjer DiRaja (RRD) Wilayah Utara tercetus dari anak jati pasukan ini sendiri iaitu Leftenan Kolonel Mohd Mansor Bin Haji Mohd Sharip yang kini menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf Logistik di Markas 3 Divisyen.


Leftenan Kolonel Mohd Mansor Bin Haji Mohd Sharip

Ketika beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemerintah Batalion ke 9 Rejimen Renjer DiRaja di Taiping, beliau telah berusaha untuk mengumpul dan menyatukan semula seberapa ramai anggota bekas 9 Rejimen Renjer pada setiap kali Hari Jadi pasukan di Taiping, Perak dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

Pada tanggal 24hb Januari 2010 semasa majlis kenduri di rumah Saudara Ismail Bin Saad atau lebih dikenali sebagai Mail Tok Iman, sekali lagi Leftenan Kolonel Mohd Mansor Bin Haji Mohd Sharip mencadangkan supaya ahli jawatankuasa penaja dilantik bagi menubuhkan persatuan bekas anggota 9 Rejimen Renjer DiRaja.

Dengan kehadiran anggota mencecah jumlah 30 orang, kesemua yang hadir dijamuan kenduri tersebut bersetuju melantik Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim serta Kapten Muhd Salihin Bin Ibrahim sebagai Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua jawatankuasa penaja.

Mesyuarat pertama jawatankuasa penaja telah diadakan pada 10hb April 2010 bertempat di Dewan Pusat Bimbingan Islam, Sungai Petani, Kedah dengan kehadiran seramai 165 orang bekas anggota 9 Rejimen Renjer DiRaja. 

Dengan usaha berterusan, maka pada 11hb Julai 2010, Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan pendaftaran di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nama "PERTUBUHAN KEBAJIKAN BEKAS TENTERA 9 REJIMEN RENJER DIRAJA (RRD WILAYAH UTARA" dengan keahlian seramai 190 orang ahli berdaftar.


KRONOLOGI PERTUBUHAN

Januari 2010
Jawatankuasa penaja ditubuhkan semasa majlis kenduri di rumah Saudara Ismail Bin Saad hasil idea bekas Pegawai Pemerintah Batalion ke 9 Rejimen Renjer DiRaja (Mac 2006-Januari 2009), Leftenan Kolonel Mohd Mansor Bin Haji Mohd Sharip.

April 2010
Mesyuarat jawatankuasa penaja yang pertama di Sungai Petani Kedah

Julai 2010
Pendaftar Pertubuhan Malaysia meluluskan pendaftaran "PERTUBUHAN KEBAJIKAN BEKAS TENTERA 9 REJIMEN RENJER DIRAJA (RRD) WILAYAH UTARA"